BM | EN | 中文

Kenapa MP Bintulu tak buat desakan sama kepada Menteri Kesihatan dan timbalannya? – MP Kluang

wong-shu-qi-ahli-parlimen-kluang-1.jpg
Advertisement

KLUANG, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi membangkitkan rasional kenyataan ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak hadir ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19.

Shu Qi berkata, soalan itu seharusnya ditujukan kepada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dan dua timbalannya iaitu Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Aaron Ago Dagang.

“Susulan ucapan di Parlimen yang mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan sebagai “takut mati”, ahli parlimen Bintulu turut muatnaik satu artikel di laman facebook.

Advertisement

“Dia mendesak Tan Sri Noor Hisham turun padang di Sabah dan izinkan Menteri Kanan Pertahanan membuat pengumuman terkini setiap hari.

“Kenapa dia tidak membuat desakan yang sama terhadap Menteri Kesihatan atau Timbalan Kesihatan?, kata Shu Qi dalam kenyataannya semalam.

Semalam, Tiong mengeluarkan kenyataan menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

Advertisement

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Kenyataan itu mendapat kecaman hebat di kalangan warganet.

Dr Noor Hisham Abdullah dalam reaksinya selepas itu berkata “Tidak timbul isu takut mati”

Advertisement

Malah Dr Noor Hisham berkata, setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mengalami detik kematian.

Dr Noor Hisham menjelaskan dia sudah turun padang pada akhir Ogos lalu untuk melihat sendiri persiapan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah menjelang pilihan raya negeri itu.

“Saya juga telah arahkan timbalan saya, Dr Chong (Chee Kheong) untuk turun sama. Tan Sri Jamilah (Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri) juga turun sama dua minggi lepas untuk melihat tindakan kita dan pengurusan Covid-19,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top