BM | EN | 中文

Kenapa MB Johor gusar dengan anak muda?

hasni-mohamad-bn-johor-umno.jpg

Hasni Mohammad (Gambar Fail)

LEDANG, 8 SEPT: Menteri Besar Johor, Hasni Mohamad dilihat bimbang dengan kebangkitan golongan muda di negeri ini sehingga terpaksa memperbetulkan semula kenyataannya.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata kenyataan beliau yang dikatakan disalah petik jelas menunjukkan kebimbangan ketara pada diri beliau.

“Anak muda hari ini rata-ratanya mempunyai sifat pemberani dan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh MB Johor itu dilihat tidak wajar untuk dihadam oleh anak muda.

“Sedar akan perkara itu, Hasni terpaksa mengeluarkan kenyataan yang memperbetulkan maklumat awalnya dengan menjelaskan berita dari Bernama itu disalah petik,” kata Asim

Tambahnya, Hasni kini dilihat sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak dilihat seperti memperkecilkan golongan tertentu.

Asim Abdullah

Tambah Asim lagi, pilihanraya umum (PRU) ke-15 akan datang, anak muda merupakan penentu untuk membentuk sebuah kerajaan.

Dalam  masa yang sama katanya, kerajaan negeri Johor masih tidak mengumumkan dasar tersusun dan terangkum untuk membantu golongan muda, terutamanya pasca pandemik Covid-19.

“Sehingga hari ini kerajaan Johor di bawah pimpinan Hasni belum ada langkah-langkah drastik membantu golongan muda.

“Berapa ramai anak muda yang hilang punca pendapatan akibat PKP tempoh hari? Bukanlah elok sekiranya Hasni tidak mahu membantu tetapi mahu memperlekehkan suara anak muda di negeri ini.

“Beliau (Hasni) perlu faham negara kita ini berasaskan demokrasi usah mengambil langkah autokratik dengan menyekat suara mana-mana pihak yang mahukan hak mereka didengari oleh kerajaan di negara ini,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top