BM | EN | 中文

Kenapa masih tiada tindakan keatas 10 kes kartel menteri? – Guan Eng

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 APR: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata selagi tidak ada ada tindakan tegas SPRM terhadap “kartel Menteri”, nama baik dan integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus tercemar.

Kata Guan Eng, jaminan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, bahawa tidak ada campur tangan politik dalam kes rasuah berprofil tinggi hanyalah omong kosong.

Guan Eng turut menyenaraikan 10 kejadian jelas melibatkan penyalahgunaan kuasa yang sehingga kini masih tiada tindakan diambil oleh SPRM;

Advertisement

1. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dirakam secara audio, menawarkan jawatan dan kedudukan politik di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai pertukaran sokongan politik.

2. Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang berpaling tadah dari PKR untuk menyokong Muhyiddin, mengakui bahawa Muhyiddin menjanjikannya kedudukan rasmi yang akan memberi dia landasan untuk membangun semula ekonomi negara.

3. Kemampuan meragukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun untuk menyelesaikan tuntutan kebankrapan bagi hutang berjumlah RM1.3 juta.

Advertisement

4. Bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal mendedahkan bahawa pemimpin kerajaan negeri Sabah sebelum ini telah memberikan 700,000 ekar tanah hutan simpan di bawah Yayasan Sabah atau Sabah Foundation kepada “kawan dan keluarga”.

5. Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz, menulis surat sokongan agar anaknya sendiri dilantik menjadi Lembaga Pengarah Pharmaniaga, sebuah syarikat di bawah pengawasan dan kuasa Kementerian Pertahanan.

6. Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menulis surat sokongan yang menyokong tawaran kontraktor untuk dianugerahkan projek lebuh raya besar di Kelantan melalui rundingan terus.

Advertisement

7. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjanji untuk memanfaatkan jawatan kerajaannya bagi mengeluarkan surat sokongan sebagai pertukaran undi dalam pemilihan Pemuda Bersatu.

8. Jawatankuasa Parlimen Kira-kira Wang Negara telah meminta SPRM untuk bertindak setelah mendedahkan mantan Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai memberikan kontrak bernilai RM149.5 juta dengan pemberian terus kepada syarikat yang sebahagiannya (25%) dimiliki oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Wee Jeck Seng.

9. Pendedahan oleh Ketua Polis Negara (IGP), Abdul Hamid Bador mengenai kartel pegawai polis yang korup, termasuk seorang bekas IGP, yang menerima wang dari sindiket jenayah. SPRM salah kerana enggan bertindak dengan alasan ia adalah masalah dalaman polis.

Advertisement

10. Pemberian kontrak kerajaan Persekutuan kepada pemegang jawatan parti Bersatu dalam mesyuarat politik Bersatu.

“Di bawah Kerajaan PN, SPRM tidak lagi dilihat sebagai organisasi yang berkecuali, bebas dan profesional memerangi rasuah di peringkat tertinggi, tanpa rasa takut atau pilih kasih terhadap kartel Menteri,” tambah Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Johorkini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top