BM | EN | 中文

Kenapa kerajaan Johor anjur pertandingan nyanyian di saat ekonomi rakyat terbeban?

Pertandingan-Lagu-Melayu-Asli-Johor-Mazlan-Bujang.png
Advertisement

LEDANG, 13 NOV: Kerajaan Johor perlu memberi penjelasan apabila mengadakan pertandingan nyanyian di saat rakyat di negeri ini sedang bergelut dengan masalah ekonomi.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Asim Abdullah berkata pertandingan yang dianjurkan di bawah exco pendidikan, penerangan, warisan dan budaya itu dilihat tidak bersesuaian ketika ini.

Advertisement

Katanya, rakyat memerlukan pekerjaan bukannya pertandingan nyanyian yang jelas membelakangkan suara rakyat di negeri ini.

“Apa sudah jadi dengan kerajaan negeri ni? Apa perlunya pertandingan nyanyian yang mahu dianjurkan sedangkan rakyat sudah hilang kerja?

“Kerajaan seharusnya membantu rakyat bukan bernyanyi atau berhibur seolah-olah rakyat tidak terkesan dengan keadaan sekarang ini.

Advertisement

“Simpatilah dengan nasib rakyat bukan sibuk mencatur hiburan. Ini bukan langkah yang terbaik dibuat oleh kerajaan kepada rakyat,” katanya.

Menurut beliau lagi, tindakan kerajaan ini menggambarkan kepincangan pemerintahan kerajaan di bawah Menteri Besar (MB) Dato Hasni Mohamad.

“Sudah dikatakan Hasni memang tidak dapat mengawal exconya. Beliau dilihat tidak mampu mengimbangi keadaan yang berlaku dalam keadaan hari ini.

Advertisement

“Ternyata kata-kata Hasni selama ini hanya retorik dan hakikatnya kerajaan tidak cakna langsung dengan masalah rakyat.

“Kerajaan perlu membatalkan program tersebut bagi menghormati permasalahan rakyat dan jangan menghiris hati rakyat yang sedang bergelut dengan ekonomi hidup mereka,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top