BM | EN | 中文

Kenapa halang Ebit Liew sampaikan bantuan?

Abdul-Hamid-Jamah.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 3 FEB: Halangan keatas aktivis rakyat dan pendakwah Ebit Liew untuk menyampaikan bantuan di Semporna, Sabah menjadi persoalan pelbagai pihak.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Abdul Hamid Jamah berkata, kerajaan tidak sepatutnya membiarkan kegiatan menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mereka yang terjejas dihalang.

“Sekiranya kerajaan tidak mahu membantu, jangan pula mereka menghalang bantuan dari orang lain kepada rakyat yang terjejas.

Advertisement

“Biarkan sahaja Ebit Liew itu mahu berdakwah dan memberi bantuan. Sumbangannya terhadap masyarakat amat besar dan usahanya itu usah disekat.

“Sekolah yang mahu dibangunkan beliau (Ebit Liew) mempamerkan keikhlasan beliau dalam menjalankan kebajikan di sana (Sabah),” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut mempersoalkan usaha dilakukan kerajaan Sabah mahupun pusat yang tidak berbuat apa-apa terhadap pendidikan di kawasan yang dikunjungi Ebit.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan perlu menyokong usaha mereka yang memberikan komitmen dalam menjalankan kebajikan kepada rakyat.

“Mana usaha kerajaan dalam membangunkan masyarakat di sana. Sekiranya tak ada usah dihalang kebajikan yang mahu dilakukan oleh orang lain.

“Seharusnya kerajaan menyokong serta memberikan galakan kepada golongan seperti Ebit Liew.

Advertisement

“Hari ini kami berdukacita apabila mendapat tahu Ebit dihalang. Paling menyedihkan kawasan pendalaman seperti tempat yang dibantu Ebit terbiar,” jelasnya lagi.

Semalam dilaporkan usaha Ebit Liew di Semporna, Sabah dihalang pihak tertentu tanpa alasan kukuh.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top