BM | EN | 中文

Kenapa bantuan Ihsan Covid-19 Johor melalui Umno bahagian?

Umno-ayer-hitam-covid.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 APR: Bantuan Ihsan Covid-19  Johor di sesetengah kawasan di negeri ini difahamkan akan disalurkan melalui Umno bahagian.

Mengulas perkara itu, Adun Serom, Dr Faizul Amri berkata tindakan dilakukan kerajaan negeri Johor jelas bertentangan dengan apa yang dicanangkan mereka sebelum ini.

Dr Faizul Amri Jonit

“Sebelum ini kita lihat bagaimana Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad telah menyatakan urusan bantuan tersebut tidak membabitkan mana-mana badan politik.

Advertisement

“Sebelum ini juga Perdana Menteri dan pimpinan tertinggi di negara berulang kali menyebut soal jangan mempolitikkan bantuan kepada rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dalam kedua-dua perkara ini jelas apa yang dikatakan oleh pimpinan dari PN hari ini hanya suatu perkara yang jelas membohongi rakyat terutamanya di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam tular imej yang dikatakan surat daripada Umno Bahagian Ayer Hitam mengarahkan ketua-ketua cawangan Umno di parlimen itu untuk mengisi borang disediakan mereka.

Advertisement

Borang itu antara lain perlu diisi bakal penerima bantuan Covid-19 dan mesti diserahkan kepada pejabat Umno Ayer Hitam secara berkelompok sebelum 27 April bagi kemasukan data sistem e-Ihsan Johor.

Sehubungan itu Dr Faizul berkata, perlu ada ketelusan dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.

Tambahnya jelas salahguna oleh kerajaan hari ini dalam menyalurkan bantuan serta mengambil kesempatan untuk berkempen.

Advertisement

“Kita akan panjangkan perkara ini kerana khuatir akan wujud kes-kes penyelewengan dana kerajaan kepada parti-parti politik di bawah kerajaan.

“Jangan mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat dalam masa sekarang ini.

“Saya juga akan bawa perkara ini ke Sidang Dewan Negeri (Dun) Johor untuk kerajaan menjawab bagaimana perkara ini boleh berlaku,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top