BM | EN | 中文

Kenapa Armada Bersatu cemas bila PM jumpa pemimpin pembangkang?

Asim-Abdullah.jpg
Advertisement

LEDANG, 26 OGOS: Kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat kurang senang dengan pertemuan antara Perdana Menteri Dato Ismail Sabri Yaakob bersama pemimpin pembangkang dilihat sebagai mempunyai agenda tertentu.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Asim Abdullah berkata, kepimpinan Bersatu sepatunya tidak cemas dengan perkembangan yang berlaku.

Ujarnya, pertemuan semalam adalah bagi mencari jalan penyelesaian sementara bagi kemelut yang melanda negara akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

“Kenapa sampai nak menuduh orang lain sedang mereka tidak menyemak kedudukan mereka yang selama ini khianat terhadap mandat rakyat.

“Jelas Armada Bersatu hanya memekakkan telinga dan membutakan mata di atas apa yang dilakukan oleh mereka selama ini.

“Apa yang mereka pandai hanya menuding jari ke arah orang lain dan menutup kesalahan yang mereka lakukan selama ini,” ujarnya.

Advertisement

Sebelum ini Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata tindakan blok pembangkang dalam usaha menjatuhkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah disebabkan dendam kesumat.

Susulan itu Asim juga mengingatkan kepada Armada Bersatu yang memberi cadangan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri agar bermuhasabah.

“Lebih baik mereka nasihat Perdana Menteri hari ini untuk tidak mengisytiharkan darurat politik seperti dilakukan Presiden mereka kerana takut berhadapan dengan realiti.

Advertisement

“Janganlah sibuk mengutip kredit lebih baik mereka fikirkan ke mana langkah mereka perlu disusun dalam berhadapan dengan kerajaan yang bukan diterajui mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top