BM | EN | 中文

“Kenapa ahli parlimen PAS biar perbualan dengan YDP Agong dirakam dan disebar?

Kenapa-ahli-parlimen-PAS-biar-perbualan-dengan-YDP-Agong-dirakam-dan-disebar.png
Advertisement

PONTIAN, 19 OGOS: Pemuda AMANAH Nasional mempersoalkan tindakan merakam dan menyebarkan perbualan ahli parlimen PAS dari Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman dengan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Dalam video berdurasi 1 minit 5 saat yang tular itu, Ahmad Tarmizi diihat bercakap dengan seorang pegawai Istana Negara yang kemudian memaklumkan bahawa beliau akan bercakap dengan YDP Agong.

Susulan itu, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) menyelar tindakan itu yang dilihat tidak menghormati institusi diraja dengan mendedahkan percakapan yang dianggap sulit.

Advertisement

Ketua Pemuda AMANAH, Taqiuddin Cheman berkata perkara itu sudah tersebar luas, dan pihak terlibat perlu ditegur kerana membenarkan rakaman perbualan.

“Saya tak faham, kenapa ada di kalangan wakil rakyat, ahli parlimen yang susah betul nak patuh dan ikut apa yang disuruh.

“Kalau yang suruh itu orang biasa, tidaklah saya hairan kalau dia langgar. Ini arahan rasmi dari pihak Istana.

Advertisement

“Sudah dimaklum secara jelas, jangan didedahkan apa-apa maklumat, hitam putih Akuan Bersumpah (SD) kepada umum.

“Ini bukan SD yang didedah, perbualan dengan YDPA pun didedah,” kata Taqiuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam percakapan itu Ahmad Tarmizi menyatakan sokongan kepad Naib Presiden Umno, Ismail Sabri sebagai perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri sementara, Muhyiddin Yassin.

Advertisement

Susulan itu Adun Pulai Sebatang itu menambah, semua pihak perlu akur dan mematuhi proses dan kerahsiaan yang dititah oleh YDP Agong.

“Bersabarlah kalau pun begitu yakin dengan nombor yang dimiliki. Hormati institusi dan biar YDP Agong atas kebijaksanaan Baginda melaksanakan peranan mengikut lunas Perlembagaan.

“Saya berasa agak malu dan sedih dengan sikap wakil rakyat dari PAS ini dan kepada yang merakam dan menyebarkannya.

Advertisement

“Sedarkah kalian, sikap dan tindakan kalian mengundang lebih banyak persoalan di kalangan awam dan mencemarkan Istana?

“Tidakkah kalian belajar daripada kemurkaan yang dizahirkan Istana terhadap Setiausaha Agung kalian atas tindakannya yang derhaka dengan titah Tuanku?

“Semoga Allah melindungi kita semua daripada bersikap gelojoh dan gopoh seperti itu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top