BM | EN | 中文

Kenapa ada ‘peruntukan khas’ RM8.7 juta kepada Adun PN Johor?

Perikatan_Nasional.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 MEI: Peruntukan khas kerajaan pusat kira-kira RM300,000 dan dibayar melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada setiap Adun Perikatan Nasional (PN) di Johor adalah sesuatu yang luar biasa.

Adun Bukit Baru Jimmy Puah dalam kenyataannya semalam berkata, beliau mendapat maklumat daripada sumber yang sahih pada awal bulan ini.

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah

“Saya merasakan amalan seperti ini agak luar biasa dan janggal kerana sepanjang masa menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri, belum pernah lagi saya menerima sebarang peruntukan secara terus daripada kerajaan pusat.

Advertisement

“Kebiasaanya ICU hanya akan menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen atau agensi kerajaan berkaitan sahaja.

“Bermain di fikiran saya, adakah ADUN negeri lain sebagai contoh di Pahang atau Melaka juga terima peruntukan yang serupa, atau hanya di Johor? soalnya.

Bekas Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Johor itu berkata, mengikut amalan sebelum ini, peruntukan Adun sepatutnya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), bukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Advertisement

Manakala proses penyaluran kepada rakyat dan pemantauan pula akan dilaksanakan oleh Pejabat Pegawai Kewangan Negeri (PKN) dan Pejabat Daerah, bukan ICU.

Namun katanya ia tidak mustahil boleh berlaku, kerana di tengah-tengah pergolakan antara Bersatu dan Umno di Johor, kerajaan PN di peringkat persekutuan mahupun negeri begitu terdesak dan akhirnya terpaksa melakukan sesuatu bagi mengekalkan sokongan yang ada.

Katanya lagi, amatl tidak wajar ‘peruntukan tambahan’ RM300,000 untuk 29 Adun yang berjumlah RM8,7 juta daripada JPM disalurkan kepada Adun PN kerana kerajaan negeri telah pun menyediakan peruntukan yang lebih kurang sama dari segi manfaat dan jumlah Ringgit.

Advertisement

Sebaliknya peruntukan itu wajar disalur kepada Kementerian Kesihatan bagi melawan wabak Covid-19, kepada golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau petugas barisan hadapan seperti doktor, pegawai kesihatan dan polis, kerana itu lebih bermakna.

“Sekiranya tidak benar, elok kiranya YAB Menteri Besar Johor menafikan dengan kadar segera.

“Mudah-mudahan persoalan ini terjawab,” kata Jimmy lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top