BM | EN | 中文

Kenal pasti tahap kesihatan mental pelajar ketika PdPR

Zainuzabha-Baharom.jpg
Advertisement

PONTIAN, 13 JUL: Kementerian Pendidikan perlu mengenal pasti tahap kesihatan mental para pelajar ketika menjalani pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR).

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, beliau menerima laporan ada di kalangan murid yang sudah penat dan tertekan dengan kaedah tersebut.

Katanya, PdPR mungkin mampu mendorong pembelajaran tetapi bukan kaedah praktikal menggantikan pendidikan secara bersemuka.

Advertisement

“Saya rasa kita tidak boleh mengukur prestasi murid yang berhadapan dengan PdPR secara berkesan. Ia berkesan kepada murid di sekolah rendah tetapi untuk sekolah menengah mereka memerlukan bimbingan daripada guru secara bersemuka.

“Mental mereka juga pastinya tertekan dengan keadaan ini apatah lagi yang bakal berdepan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sekiranya SPM tahun ini diteruskan mengikut jadual seperti sediakala ia membuatkan murid tingkatan lima tahun ini lebih tertekan.

Advertisement

“Kerajaan perlu pertimbangkan keadaan ini kerana kita perlu mewujudkan keadaan yang kembali sempurna dalam sistem pendidikan bukan menjadikan murid sebagai tikus makmal,” jelasnya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan rata-rata pelajar sekolah mulai rasa tertekan selepas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka ditukar kepada kaedah PdPR.

Lebih menyedihkan, ada di antara mereka sukar mengusai subjek tertentu seperti Matematik Tambahan berikutan gagal memahaminya ketika PdPR.

Advertisement

Selain itu, ada juga pelajar yang tidak sempat melakukan tugas harian serta perlu bangun lebih awal bagi menyertai sesi itu.

Kegusaran terhadap sistem PdPR turut diluahkan golongan pendidik dengan antaranya pelajar tidak menyertai sesi PdPR sejak tiga bulan lalu.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top