BM | EN | 中文

Kenaikan harga: KPDNHEP Johor keluar 64 notis terhadap peniaga sayur

jhr-notis-sayur-re.jpeg

Gambar Ehsan Utusan Online

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah mengeluarkan sebanyak 64 notis kepada peniaga sayur-sayuran untuk menyiasat aduan berkaitan kenaikan harga jualan barangan seperti tomato, lobak, kubis bulat dan cili merah.

KPDNHEP negeri itu dalam satu kenyataan semalam memberitahu, notis berkenaan dikeluarkan agar siasatan dapat dijalankan untuk mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.

Menurut kenyataan itu, 10 aduan yang diterima berkaitan kenaikan harga telah disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dengan dikenakan tindakan kompaun.

Advertisement

“KPDNHEP Johor maklum akan kenaikan beberapa jenis barangan keperluan harian seperti barang basah dan barang segar di lokasi tumpuan seperti pasar awam dan pasar basah. Ini berikutan pembukaan semula hampir keseluruhan sektor ekonomi perniagaan selain kebenaran pergerakan rentas negeri serta kebenaran mengadakan majlis keraian bermula 11 Oktober lalu.

“Sehubungan itu, KPDNHEP Johor telah mempergiat pemeriksaan dan penguatkuasaan di seluruh Johor melibatkan semua jenis pasar seperti pasar basah, pasar awam, pasar tani dan juga pasaraya yang menjual barangan basah dan segar dalam Op Pasar 2021,” katanya, lapor Utusan Online.

Tambah kenyataan itu, pelaksanaan Op Pasar bertujuan memantau kenaikan harga barangan keperluan utama seperti sayur, ikan, daging dan ayam di peringkat pembekalan barang secara berterusan mengikut rantaian pengedaran.

Advertisement

“Pemeriksaan dibuat melibatkan peruncit (pasar basah, pasar awam dan pasaraya) dan pembekal (pemborong, peladang, pengeluar, pengimport) agar tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Hasil pemantauan mendapati bekalan barangan keperluan mencukupi dan mudah diperolehi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit,” tambah kenyataan itu.

Katanya, berdasarkan rekod, sebanyak 5,687 premis telah diperiksa meliputi 4,193 peruncit; 1,061 pemborong dan 433 pengilang oleh KPDNHEP Johor sejak negeri itu memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 8 Oktober lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top