BM | EN | 中文

Kenaikan harga barangan: Kerajaan perlu henti salahkan petani dan peniaga – Guan Eng

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Kerajaan perlu berhenti menyalahkan peniaga, petani atau perniagaan susulan kenaikan harga barangan di pasaran kata ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Kata Guan Eng, peniaga, petani dan perniagaan turut menjadi mangsa harga tinggi yang dikenakan ke atas mereka oleh kuasa bekalan dan permintaan, peningkatan kos logistik dan pengangkutan.

“Tindakan yang diambil untuk menghukum semua peniaga adalah semata-mata untuk menutup kegagalan seorang Menteri yang tidak berkesan tetapi tidak menyelesaikan masalah harga yang melambung tinggi malah boleh memburukkan lagi masalah dengan pengurangan bekalan,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan, semalam.

Advertisement

Ujarnya, kerajaan persekutuan perlu bertanggungjawab kerana gagal bukan sahaja menjangka tetapi juga menangani krisis ini yang memerlukan perhatian penuh Perdana Menteri dan Majlis Pemulihan Negara (MPN), yang nampaknya tidak melakukan tugas mereka.

“Ini bukan sekadar soal kenaikan harga telur, ayam, roti, sayur, minyak masak dan juga ais batu.

“Ini juga bukan sahaja mengenai harga baja dan racun serangga yang diimport serta kos bahan pembinaan yang meningkat tanpa terkawal.
“Lebih penting lagi, ini mengenai penderitaan dan mata pencarian rakyat apabila kuasa beli mereka merosot dengan barangan keperluan harian yang bukan barangan mewah tetapi dijual dengan harga mewah.

Advertisement

“Dengan harga barang yang makin naik sedangkan gaji mereka tidak naik tetapi kekal tidak berubah, apa-apa bantuan kewangan tambahan yang diberikan oleh kerajaan telah terhapus kesannya dan tidak membantu sama sekali.

“Tidak ada rasa keutamaan atau kesegeraan apabila Menteri Alexander (Nanta Linggi) tidak tahu pun apa yang MPN atau Perdana Menteri lakukan untuk mengatasi krisis negara ini,” katanya lagi.

Justeru itu, beliau mencadangkan sebagai langkah pertama, suntikan RM3 bilion daripada hasil yang dikutip daripada Cukai Makmur atau cukai durian runtuh ke dalam Dana Penstabilan Harga Barang Nasional.

Advertisement

Ia kata Guan Eng mampu memberi insentif untuk meningkatkan pengeluaran dan bekalan serta sebahagiannya memberi subsidi kos untuk memperlahankan kenaikan harga.

“Dana Penstabilan Harga Barang Nasional sedemikian juga akan membantu mengurangkan ketidaktentuan harga yang melampau dengan mendapatkan sumber terus daripada pengeluar atau mengurangkan kos logistik.

Di bawah Belanjawan 2022, peruntukan yang diberikan adalah terlalu kecil seperti RM200 juta untuk membantu mengurangkan harga barangan keperluan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan juga di pulau, skim penstabilan harga minyak masak (RM400 juta) dan subsidi tepung untuk kegunaan am (RM40 juta).

Advertisement

“Sudah tiba masanya Menteri dan Kerajaan Persekutuan mengambil tanggungjawab dan tidak menjadi pengecut dengan menyalahkan peniaga malah hujan lebat disebalik harga barang yang melambung tinggi,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top