BM | EN | 中文

Kenaikan harga barangan bebankan rakyat

dzulkefly-ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 APR: Kebimbangan kenaikan harga barangan keperluan seperti yang berlaku keatas harga ayam mentah meningkatkan bebanan ditanggung rakyat di negara ini.

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, kawalan serta pemantauan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan perkara itu dari terus berlarutan.

Kata Dzulkefly perkara itu membebanan rakyat yang kini berhadapan dengan cabaran ekonomi.

Advertisement

“Pemantauan perlu segera dilakukan serta pembentangan pelan pemulihan perlu diadakan kerana kesannya amat ketara.

“Kerajaan perlu mengambil kira hal ini secara serius lagi. Kita tak mahu isu kenaikan harga barangan keperluan terus dibiarkan tanpa dibendung.

“Kerajaan perlulah memastikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) benar-benar dilaksanakan dan harga barangan terkawal khususnya berhadapan sambutan Aidil Fitri bulan hadapan.

Advertisement

“Sehingga kini kerajaan masih lagi bersikap sambil lewa dengan keadaan yang berlaku tanpa ada sebarang langkah penyelesaian,”kata Dzulkefly yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor.

Adun Perling, Cheo Yee How

Sementara itu, Adun Perling, Cheo Yee How berkata, kerajaan perlu proaktif menyelesaikan masalah itu.

Katanya, umat Islam kini dalam sambutan Ramadan dan kenaikan harga barangan membuatkan mereka terbeban.

Advertisement

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana majoriti rakyat yang beragama Islam hari ini sedang menyambut bulan Ramadan dan pastinya barangan keperluan harian menjadi permintaan tinggi.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku dan ini tidak sepatutnya terjadi. Kerajaan perlu mengawal keadaan ini dari terus berlaku bukan hanya diam serta membiarkannya.

“Langkah-langkah pencegahan segera perlu dilakukan bagi mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat khususnya mereka yang berniaga,” katanya kepada media.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top