BM | EN | 中文

Kenaikan harga barang: Kerajaan perlu lakukan sesuatu, jangan biar rakyat melarat – Rara

Young-Syefura-Rara.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Adun Ketari, Young Syefura Othman menggesa kerajaan mencari jalan segera bagi isu kenaikan harga barangan kerana kebanyakan rakyat masih lagi tidak mempunyai pendapatan dan kehidupan yang stabil pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Young Syefura yang dikenali sebagai Rara dilaporkan Roketkini berkata, susulan PKP, rakyat kini terpaksa pula berhadapan dengan inflasi serta kenaikan harga barang makanan.

Ujarnya, di ruangan media sosial, heboh kenaikan harga barangan basah yang naik mencanak dan rata-rata masyarakat bimbang kerana ini jelas menambah beban dalam kehidupan seharian mereka.

Advertisement

“Walaupun masalah ini sudah dikenal pasti sejak beberapa bulan dan kerajaan sudah berjanji akan melakukan sesuatu untuk menstabilkan harga, apa yang rakyat dapat adalah pengumuman kerajaan untuk menjalankan kajian demi kajian.

“Saya menyeru semua kementerian dan agensi berkenaan agar segera menjalankan siasatan dan turun padang menjalankan operasi untuk membendung masalah kenaikan harga barang makanan mentah yang semakin tidak munasabah dan membebankan ini.” Tegasnya.

Tambah Rara lagi, bantuan kerajaan benar-benar perlu diperluaskan lagi kerana pandemik telah menjejaskan kehidupan ramai tidak kira sama ada yang bujang, sudah berkeluarga ataupun mereka yang daripada golongan M40.

Advertisement

Semua sedia maklum bahawa kerajaan hari ini membawa mesej ‘Keluarga Malaysia’.

“Namun, mengapa di bawah pentadbiran kerajaan ini, keluarganya iaitu rakyat semakin hidup tertekan dan tersepit?” soal Rara.

Beliau amat berharap kerajaan dapat segera menyelesaikan isu kenaikan harga melampau ini sebelum perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tiba nanti.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top