BM | EN | 中文

“Kenaikan harga bahan binaan, kerajaan perlu segera bentang pelan penyelesaian”

Muhammad-Taqiuddin-Cheman-Adun-Pulai-Sebatang.png
Advertisement

PONTIAN, 15 APR: Kerajaan digesa membentangkan pelan penyelesaian harga bahan binaan susulan dakwaan pelbagai pihak berlaku peningkatan mendadak mencecah dua kali ganda.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, pelan penyelesaian itu perlu disegerakan kerana dibimbangi menjejaskan kos projek yang sedang berlangsung mahupun yang akan ditenderkan nanti.

“Sebagai contoh, ukuran harga sesuatu projek perlu dipertimbangkan semula bagi projek yang sedang berlangsung mengikut harga projek semasa, bukan sebelum ini.

Advertisement

“Selain itu mekanisme bagi mewujudkan pembelanjaan tambahan perlu juga dibuat bagi mengelakkan projek yang berlangsung hari ini terbengkalai atau tidak berjaya disiapkan.

“Langkah pembentangan pelan penyelesaian ini dapat menyelamatkan pelbagai pihak. Selain kontraktor, rakyat juga dapat merasai kesannya berikutan projek disiapkan dan sempurna tanpa sebarang kelompongan dalam pembinaannya,” jelasnya ketika dihubungi.

Jelas Adun Pulai Sebatang itu lagi, kenaikan harga barang binaan itu diyakini berlaku akibat kenaikan harga bahan bakar seperti petrol dan diesel secara berterusan.

Advertisement

Sebelum ini katanya, kebimbangan berkenaan kenaikan harga bahan bakar telah disuarakan pelbagai pihak.

“Kerajaan tidak peka dengan suara rakyat. Sehingga hari ini perkara berkenaan harga bahan binaan pula menjadi isu.

“Kearifan dalam mentadbir negara ini amat penting bagi kesejahteraan rakyat yang berhadapan berdepan pandemik Covid-19.

Advertisement

“Justeru penilaian semula harga barangan perlu diteliti dan diberikan perhatian oleh kerajaan. Ini bagi membendung segala kemungkinan yang akan merugikan rakyat,” jelasnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top