BM | EN | 中文

‘Kemuka bukti jika benar saya punyai kroni, anak saya jutawan’

dr-mahathir-aspirasi-johor-pejuang.jpg

Gambar Ehsan FB Parti Pejuang Tanahair

PUTRAJAYA, 25 FEB: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti mengenai tuduhan mempunyai kroni termasuk dakwaan mengatakan anaknya seorang jutawan.

Beliau menyifatkan tuduhan itu tidak berasas dan palsu semata.

“Ini cuma tuduhan palsu Najib. Tetapi, ini bukanlah sesuatu yang asing daripada Najib.

“Dia memang cakap bohong. Dia boleh curi. Lepas itu dia kata curi duit pun tak apa. Itu Najib. Jadi, saya fikir kalau orang nak percaya anak saya dibantu oleh saya, itu boleh fikir baik-baik.

“Ambil kira tarikh mereka berjaya,” katanya, lapor SH Online.

Beliau berkata demikain pada sidang media selepas pelancaran Aspirasi Johor, di sini, Rabu lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Najib ‘diserang’ berikutan keengganannya menolong projek kroni bekas Perdana Menteri ke-7 itu.

Katanya turut menegaskan tidak memerlukan bantuan Najib untuk melindungi ‘kroninya’.

“Saya tak perlukan Najib nak jaga kroni saya. Kalau saya ada kroni, saya boleh jaga kroni saya. Saya tidak ada kroni. Saya ada orang yang berkebolehan. Saya tidak tolong orang yang tidak ada kebolehan.

“Umpamanya, jika kerajaan ada modal RM1 juta dan berikan kepada orang atau kumpulan yang tidak berkemampuan, wang itu akan hilang.

“Sebab itu apabila kita hendak bantu bagi kontrak perlu tahu boleh atau tidak boleh dan ini berasas kepada pencapaian mereka sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga melarang anak-anaknya terbabit dengan politik atau perniagaan ketika beliau memegang jawatan.

“Kalau mereka sudah tunjuk kebolehan maka kita akan bantu mereka supaya mereka berjaya tetapi kalau dapati ia datang dari keluarga, anak, cucu saya kalau mereka hendak minta apa pun tak dapat.

“Seperti semua tahu, anak saya tak masuk politik, cucu saya pun tiada dalam politik tiada nepotisme dalam amalan pemerintahan saya,” ujarnya.

Jelasnya, hanya orang yang boleh sumbang kepada kemajuan negara sahaja disokong kelayakan dan diyakini boleh berjaya berasaskan kepada rekod pencapaian masing-masing.

“Malangnya orang saya tolong itu banyak yang gagal tidak diperkenalkan sebagai kroni cuma yang menang sahaja jadi kroni.

“Eh… bukan main banyak yang dapat bantuan, kenapa mereka tidak dikenali sebagai kroni, keluarga, saya pun banyak juga, Siapa dia keluarga saya jadi kroni?” sindirnya.

Johorkini

 

Share this post

scroll to top