BM | EN | 中文

Kemudahan VS Industry di Johor akan siap tidak lama lagi

vs-industry-johor.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 APR: VS Industry Bhd (VSI) yang mendapat persetujuan pemegang sahamnya untuk cadangan terbitan bonus saham dan warannya semalam berkata bahawa pembinaan kemudahan baharunya di i-Park @ Senai Airport City di Johor akan siap tidak lama lagi.

Kapasiti baharu itu membolehkannya memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat, kata penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik bersepadu itu.

“Pertanyaan yang diterima susulan daripada perang perdagangan antara Amerika Syarikat dab China kekal memberangsangkan dan sedang ditangani serta dinilai oleh pasukan tugas pembangunan perniagaan khas karni,” kata Pengarah Urusannya, Datuk S.Y. Gan dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Sementara itu, pada mesyuarat agungnya luar biasa VSI semalam, pemegang saham meluluskan cadangan VSI untuk terbitan bonus satu untuk satu sehingga 1.92 bilion saham biasa baharu dan cadangan terbitan bonus sehingga 768.2 juta waran percuma berdasarkan satu waran untuk lima saham VSI yang ada yang dipegang .

Gan berkata berikutan kelulusan tersebut, syarikat menjangkakan penyertaan yang Iebih besar oleh para pelabur, seterusnya menghasilkan asas pemegang saham yang lebih luas.

“Selain itu, waran percuma memberi para pemegang saham kami pilihan untuk meningkatkan lagi penyertaan ekuiti mereka dalam kumpulan dengan melaksanakan waran pada harga yang telah ditentukan terhadap tempoh waran.

Advertisement

‘VSI berpendapat is berpotensi memberikan dana tambahan kepada kumpulan untuk perbelanjaan modal dan membayar pinjaman bank; katanya.

Kumpulan ini mencatatkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan pada separuh pertama tertinggi sebanyak RM130.5 juta dengan perolehan RM1.99 bilion untuk tempoh yang berakhir pada 31 Januari, 2021.

la juga mengumumkan jumlah dividen sesaham sebanyak 2.4 sen untuk tempoh kewangan tersebut.

Advertisement

Lembaran imbangan VSI kekal dalam kedudukan tunai bersih dengan tunai bersih sesaham 10 sen pada akhir Januari 2021, disokong oleh aset
bersih RM1.07 sesaham.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top