BM | EN | 中文

Kempen PRN Melaka: “Khairy seolah persenda proses pilihan raya”

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Jika Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin benar-benar bimbang risiko penularan baharu Covid-19 dalam pilihan raya Melaka, beliau sepatutnya tidak membenarkan langsung pilihan raya ini diadakan.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, parti-parti kerajaan mungkin takut menghadapi pengundi kerana menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Melaka serta gagal dalam menguruskan pandemik Covid-19 dan kemerosotan ekonomi.

Ini susulan kenyataan Khairy sebelum ini yang melarang semua perjumpaan fizikal dan majlis sosial berkaitan pilihan raya Melaka, termasuk pelancaran jentera pilihan raya parti bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Advertisement

“Tetapi kerajaan tidak boleh melanggar demokrasi dan mengambil alih peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam mewujudkan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama.

“Khairy tidak berani membantah pilihan raya ini diadakan, sebaliknya menggunakan taktik yang tidak beretika serta berat sebelah lalu menguntungkan kerajaan,” kata setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu beliau dilaporkan Roketkini berkata, tindakan Khairy itu seolah mengambil alih peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat mempersenda demokrasi dan keseluruhan proses pilihan raya ini.

Advertisement

“Peguam DAP akan diminta untuk mengkaji larangan dan sekatan berat sebelah kepada calon untuk bertemu pengundi ini, sama ada sah dan mematuhi peraturan pilihan raya.

“Satu mesyuarat antara pemimpin DAP dan PH akan diadakan bagi membincangkan sekatan yang tidak adil dan dilihat bertujuan melumpuhkan pembangkang, serta memberi kelebihan awal pada pihak kerajaan,” kata Setiausaha Agung DAP itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top