BM | EN | 中文

Kempen PRN Johor: Beberapa parti dakwa papan iklan dirosakkan

PRN_Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 MAC: Beberapa parti politik di Johor mengadu bahan kempen mereka dirosakkan, terutamanya papan iklan mereka.

Malaysiakini melaporkan perkara itu melibatkan papan iklan kempen milik Perikatan Nasional (PN), PKR, DAP dan Muda.

Semalam, papan iklan PKR yang memaparkan wajah presidennya, Anwar Ibrahim di Felda Titar 1 di DUN Tenggatoh telah bengkokkan.

Advertisement

Iklan yang memaparkan wajah Anwar dan bendera PKR turut dikoyakkan.

Calon PKR Zulina Johari bertanding menentang KK Raven dari BN di kerusi itu, KK Raven merupakan penyandang kerusi itu, setelah menang dengan majoriti 5,765 pada pilihan raya umum lalu. Calon lain adalah dari PAS Roslan Nikmat dan calon Pejuang Mohd Fierdaus Abd Rahman.

Sementara itu, calon DAP Pekan Nanas Yeo Tung Siong mengadu papan iklannya di Kampung Melayu Raya turut koyak.

Advertisement

Papan iklan itu memaparkan wajahnya yang menyeru agar “Cikgu Yeo” dikekalkan di kerusi itu bersama logo PH.

Pasukannya membuat laporan polis malam tadi.

“Saya tidak menyimpan dendam tetapi saya kecewa dengan ketidakmatangan politik,” katanya.

Advertisement

Yeo, adalah penyandang kerusi itu dan akan bersaing dengan Tan Eng Meng dari BN, Tan Chin Hock dari PN dan Abd Rashdi Abd Hadi dari Pejuang serta Hihsamuddin Busri dari Warisan.

Di Puteri Wangsa, Muda turut membuat laporan polis malam tadi selepas dua papan iklan mereka direbahkan.

Papan iklan yang terletak di Taman Gaya dan Jalan Ayu itu memaparkan calon mereka Amira Aisya Abd Aziz, yang juga setiausaha agung Muda.

Advertisement

Wakil kempennya mengecam apa yang disifatkannya sebagai “politik longkang”.

Amira akan berdepan dengan Ng Yew Aik dari BN, Low Kah Yong dari PN, Khairil Anwar Razali dari Pejuang dan Steven Choong dari Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Di Tiram, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengadu beberapa papan iklan PN yang memaparkan wajah Pengerusi PN Muhyiddin Yassin telah dirosakkan.

Advertisement

Beberapa papan iklan itu dicondongkan sementara yang lain mengatakan paparan muka Muhyiddin dikoyakkan.

“Politik pengecut, mereka takut poster,” katanya.

PN diwakili oleh Karim Deraman dari PAS di Tiram. Dia berdepan calon BN Azizul Bachok, Abdul Aziz Harun dari Pejuang dan Azmi Ali dari PBM. Penyandang kerusi itu ialah SS Gopalakrishnan dari PKR yang akan cuba mempertahankan kerusi itu.

Advertisement

Kempen untuk pilihan raya Johor bermula pada 26 Feb. Rakyat Johor akan mengundi pada 12 Mac.

Johorkini

Advertisement

Share this post

scroll to top