BM | EN | 中文

KEMPEN PRK TANJUNG PIAI BERLANGSUNG DALAM KEADAAN AMAN

IMG-20191111-WA0020.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 11 NOV : Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai berlangsung  dalam keadaan aman tanpa melibatkan pelbagai insiden besar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, setakat ini,  beliau amat berpuas hati dengan kempen oleh semua parti sejak hari penamaan calon sehingga ke hari ini.

Advertisement

“Sepanjang tempoh hari penamaan calon hingga hari ini secara keseluruhannya polis amat berpuas hati dengan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tidak ada insiden besar yang berlaku, cuma terdapat insiden terpencil berkaitan isu poster yang dicabut dan poster diterbalikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

Advertisement

Kamaruddin berkata, sehingga kini, sebanyak 28 laporan polis berkaitan dengan PRK Tanjung Piai telah diterima.

“Daripada 28 laporan itu, tiga laporan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan satu kes mengikut Sekyen 4A (1) Akta Pilihan Raya 1954.

“Satu kes membabitkan calon Barisan Nasional (BN) juga sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut,” katanya yang memberitahu, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Advertisement

Berbaki empat hari kempen PRK berkenaan, beliau menjangkakan keadaan akan bertambah rancak lagi.

“Oleh itu, semua parti yang bertanding diingatkan supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, sebanyak 447 permit ceramah dikeluarkan pihaknya setakat ini.

Advertisement

“Ia membabitkan Pakatan Harapan (75), BN (264), Gerakan (99), Berjasa (empat) dan Bebas (lima),” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kes rakaman video yang viral melibatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

“Kita masih kumpulkan keterangan-keterangan daripada individu yang berada semasa ucapan tersebut dan kita akan lengkapkan kertas siasatan secepat mungkin,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top