BM | EN | 中文

KEMPEN PENGHASILAN EKO-ENZIM, AGEN PEMBERSIHAN MESRA ALAM 

IMG-20191208-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 DIS: Dalam usaha untuk menjaga kebersihan alam sekitar, satu kempen penghasilan eko-enzim, iaitu agen pembersihan mesra alam akan dilaksanakan.

Adun Stulang, Andrew Chen Kah Eng berkata, pihaknya sedang mengusahakan kempen tersebut yang mana penghasilan eko-enzim ini adalah berasaskan daripada sisa makanan yang telah dipungut.

“Eko-enzim ini akan dituang ke dalam longkang-longkang di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Stulang dan akan menjadi agen pembersih di longkang-longkang tersebut,” katanya kepada JohorKini ketika ditemui pada program Hari UTC Johor bersama Pelanggan 2019 di Galleria @ Kotaraya, semalam.

Advertisement

Andrew berkata, berikutan itu, kerjasama setiap pihak di setiap lapisan masyarakat untuk menjaga alam sekitar, terutamanya berkenaan masalah pencemaran sungai amat penting untuk mengekalkan kesejahteraan di sesuatu tempat.

“Memang masalah sungai tercemar ini adalah satu cabaran besar bagi saya, justeru itu saya menyeru semua pihak untuk tidak membuang sampah merata-rata.

“Walaupun terdapat banyak program gotong-royong yang dianjurkan, majlis seperti ini hanyalah sebagai simbolik dan tidak akan menyelesaikan masalah sebenar, iaitu sikap masyarakat yang suka membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Advertisement

Sementara itu, Andrew juga turut menyeru orang ramai yang ingin menderma barang keperluan seperti beras, kepada mereka yang memerlukan ke pejabatnya di Jalan Maju, Taman Maju Jaya di sini.

“Sebenarya ramai orang yang ingin menyalurkan bantuan tapi tidak tahu saluran yang disediakan.

“Oleh itu, mereka yang ingin menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan kepada golongan yang memerlukan boleh ke pejabat saya kerana selalunya sukarelawen akan bantu untuk terus sumbang kepada penerima,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top