BM | EN | 中文

Kempen Liga Juara-juara Asia JDT berakhir di peringkat kumpulan

JDT-Nagoya-Grampus.-ACL.jpg

Gambar Ehsan Johor Southern Tigers

Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 JUL: Juara tujuh kali Liga Super Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas 1-2 kepada Nagoya Grampus.

Berikutan kekalahan keempat dalam kempen ini di Stadium Rajamangala di Bangkok, JDT gagal memperoleh kedudukan dua teratas di dalam Kumpulan G pada kejohanan premier peringkat kelab di benua ini.

Pada perlawanan malam ini, Nagoya Grampus tidak menunggu lama untuk mendahului, apabila Mateus Castro menyempurnakan sepakan penalti seawal minit keempat, selepas memperdayakan penjaga gawang Muhammad Haziq Nadzli utuk bergerak ke arah yang salah.

Advertisement

Kelab dari Jepun itu dihadiahkan penalti selepas penyerangnya dari Brazil, Mateus dijatuhkan pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin di dalam kotak penalti.

Nagoya Grampus terus mendahului menerusi sepakan lencong Hiroyuki Abe pada minit ke-29.

Pasukan Harimau Selatan itu berjaya mengurangkan jurang gol pada minit ke-42 menerusi sepakan susulan Muhammad Ramadhan Saifullah selepas rembatan jarak jauh La’Vere Corbin-Ong ditepis penjaga gol Mitch Langerak dan ini mengakhiri rekod tanpa bolos kelab dari Jepun itu dalam kempen kali ini.

Advertisement

Terdahulu, wakil tuan rumah Ratchaburi FC terikat tanpa jaringan dengan Pohang Steelers di stadium yang sama.

Terdahulu, wakil tuan rumah Ratchaburi FC terikat tanpa jaringan dengan Pohang Steelers di stadium yang sama.

Dalam pertemuan terakhir kumpulan pada Rabu, JDT akan berhadapan dengan Ratchaburi FC sementara Nagoya Grampus akan cuba mempertahankan rekod tanpa kalahnya di peringkat kumpulan apabila bertemu Pohang Steelers.

Advertisement

JDT memulakan kempen dengan kekalahan 0-1 kepada Nagoya Grampus, sebelum bangkit dengan kemenangan 1-0 ke atas Ratchaburi FC dari Thailand tetapi tewas berturut-turut kepada Pohang Steelers dari Korea Selatan 1-4 dan 0-2 dalam perlawanan sebelum ini.

Selepas lima perlawanan, JDT kini di tempat ketiga dengan tiga mata, di bawah Nagoya Grampus yang mendahului dengan 15 mata dan Pohang Steelers mengutip 10 mata sementara Ratchaburi kekal di tangga terbawah dengan satu mata.

Hanya 10 Johan kumpulan dan tiga naib Bohan dari setiap wilayah (timur dan barat) akan mara ke peringkat kalah mati.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top