BM | EN | 中文

KEMENTERIAN PENDIDIKAN USAHA BAIKI PRASARANA KUARTERS GURU YANG ROSAK

maszlee-malik-mp-simpang-renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 25 OGOS: Kementerian Pendidikan sedang mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani isu kuarters guru yang terbiar dan mengalami kerosakan di seluruh negara.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata buat masa ini, kementerian mempunyai sebanyak 50,257 unit kuarters seluruh Malaysia dan daripada jumlah tersebut, 33,893 unit atau 67.44 peratus sedang diduduki sementara 16,364 unit atau 32.56 peratus lagi merupakan kuarters kosong.

“Daripada sejumlah unit kosong itu pula, sebanyak 10,062 unit berada dalam keadaan yang rosak dan tidak boleh dihuni dengan kebanyakannya adalah terletak di luar bandar.

Advertisement

“Walau bagaimanapun, KPM turut menjalankan pembaikan kuarters kosong yang mempunyai permintaan berdasarkan permohonan dan keutamaan skop yang disyorkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian supaya dapat dibuat pengisian,” kata Maszlee dalam satu kenyataan.

Namun katanya, ia masih tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa, dan bagi tahun 2019, KPM memberi keutamaan kepada penyelenggaraan kuarters yang berpenghuni.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, sehingga 31 Mei 2019, KPM telah menyalurkan sebanyak RM56 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kuarters berpenghuni termasuk sebanyak 773 unit kuarters yang tidak berpenghuni.

Advertisement

“Saya sendiri akan memastikan supaya isu kelengkapan prasarana ini diselesaikan segera dan secara menyeluruh, malah segala isu yang berkaitan dengan kuarters guru di seluruh Malaysia juga akan segera diselesaikan untuk jangka masa yang panjang,” kata Maszlee.

Terdahulu Maszlee merasmikan Program Transformasi Minda Anak Muda Gugusan Belitong dan Tindak Susul Isu Pendidikan di Parlimen di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong di sini, semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top