BM | EN | 中文

KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEDIA HADAPI BENCANA BANJIR 

dr-maszlee-malik.jpg

KLUANG, 15 DIS: Kementerian Pendidikan bersiap siaga bagi memastikan pembukaan sesi persekolahan baharu tidak terjejas ekoran bencana banjir yang melanda beberapa kawasan khususnya di negeri ini.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Pejabat Pendidikan Daerah memiliki SOP mereka tersendiri dalam menghadapi banjir. 

“Malah mereka bersiap siaga (menghadapi banjir) setiap tahun. Sekiranya terjadi kita akan ikut SOP biasa,” kata Maszlee.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Kembali Ke Sekolah Anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pelancaran Telefon Awam Baharu Helogang di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, seramai 600 pelajar berusia diantara tujuh hingga 17 tahun dari sekitar Simpang Renggam menerima sumbangan berbentuk barangan kelengkapan persekolahan.

Sementara itu, sempena program Kembali Ke Sekolah tahun ini, PTPTN memperuntukkan RM634,400 untuk membantu golongan memerlukan dimana sebanyak RM97,000 diperuntukkan bagi kawasan Simpang Renggam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut mengingatkan penduduk yang terjejas untuk memastikan keselamatan dan harta benda masing-masing.

“Penduduk diingatkan untuk menjaga keselamatan masing-masing, kanak-kanak khususnya jangan bermain dengan air banjir untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” kata Maszlee lagi.

Johorkini

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top