BM | EN | 中文

Kemenangan Piala Malaysia: Wilayah Persekutuan cuti Jumaat ini

piala-malaysia-2021-KL-city-FC.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Jumaat, 3 Disember diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan, susulan kejayaan pasukan KL City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia semalam.

Berita itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebooknya.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.

Advertisement

“Justeru adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat 3 Disember 2021, diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

“Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Wilayah Persekutuan,” katanya, lapor media.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top