BM | EN | 中文

Kemelut politik Melaka pamer wajah sebenar Umno

khalim.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 OKT: Kemelut politik di Melaka adalah gambaran wajah Umno sebenar yang selama ini hanya mementingkan kuasa berbanding mengutamakan rakyat.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, apa yang berlaku di Melaka dan juga beberapa negeri lain mempamerkan sikap sebenar Umno, yang tidak memperdilkan nasib rakyat yang semakin tertekan.

“Inilah wajah sebenar Umno sepertimana yang kita lihat dalam beberapa siri rampasan kuasa seperti di Perak dan Malaysia sehingga mereka berkuasa.

Advertisement

“Ia tidak mencerminkan langsung perjuangan mahu memartabatkan rakyat. Secara umum kita ketahui modal yang digunakan Umno hanyalah bangsa.

“Rakyat akan tertipu dengan apa yang dipermainkan oleh Umno selama ini. Mereka boleh sahaja memberikan kuasa kepada kerajaan yang cukup majoriti namun mereka tetap mempertaruhkan nyawa rakyat dengan membubarkan DUN Melaka,” jelasnya.

Semalam Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari berkata membubarkan DUN dan membuka kepada kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) diadakan bukan satu-satunya jalan yang ada.

Advertisement

Kata Adly, meskipun Yang di-Pertua Negeri memiliki kuasa membubarkan DUN, namun sebelum dilakukan, sepatutnya pandangan pihak yang memiliki majoriti didengar.

Pada 4 Okt lalu Adun Sungai Udang, Idris Haron, bersama tiga yang lain membatalkan sokongan mereka kepada pentadbiran Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, hingga menyebabkannya hilang majoriti.

Ia mengulangi insiden bagaimana Adly dijatuhkan daripada jawatannya sebagai ketua menteri ke-11 Melaka pada 2 Mac tahun lalu dengan berpaling tadahnya beberapa Adun kerajaan.

Advertisement

Bagaimanapun, berbeza daripada kejatuhan kerajaan PH sebelum ini, Sulaiman yang juga Adun Umno kehilangan sokongan majoriti melalui langkah diambil Adun yang sama parti dengannya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top