BM | EN | 中文

Kemelut politik Melaka: Lebih baik PAS cermin diri dulu

Azhar-Ismail-Amanah-Ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 6 OKT: Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Ledang, Azhar Ismail menggalakkan agar PAS untuk mencerminkan diri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Azhar mengulas kenyataan Pemuda PAS mengenai sikap wakil rakyat yang melompat parti adalah suatu yang keterlaluan dan mementingkan diri.

Kata Azhar, kenyataan Pemuda PAS itu seolah menuding ke arah diri mereka sendiri.

Advertisement

“PAS perlu beli cermin dan tengok diri sendiri. Sekiranya PAS berpendirian sebegitu bagaimana pula dengan ‘Langkah Sheraton’ sebelum ini yang juga disertai PAS?

“Ini jelas sifat hipokrit PAS. Jika sesuatu perkara berlaku terhadap diri mereka, kita akan dengar dalil-dalil mereka, tetapi sekiranya ia bertentangan yakni parti lawan, segala hukum dihamburkan kepadanya.

“Berlaku adil dalam setiap perkara dan ini juga sebagai suatu gambaran bahawa apa yang PAS cakap seperti mementingkan diri itu sebenarnya adalah diri mereka,” tegasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Semalam ketika mengulas kemelut politik di Melaka, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nazir Helmi menzahirkan kekecewaan terhadap kemelut politik yang berlaku di Melaka hari ini

Kata Nazir, apa yang berlaku adalah tindakan gopoh, keterlaluan dan bersifat mementingkan diri sendiri.

Katanya, rakyat sekali lagi diheret dalam pergelutan politik dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan.

Advertisement

Ujar Nazir lagi, tindakan ini sesungguhnya memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat, terutama di saat negara sudah hampir mencapai fasa endemik dari pandemik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top