BM | EN | 中文

KEMBAR BANGGA TERIMA IJAZAH BERSAMA 

IMG-20191103-WA0057.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 3 NOV: Sepasang kembar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, berasa bangga kerana berjaya menerima ijazah Sarjana Muda bersama-sama pada Majlis Konvokesyen UTM ke 63, hari ini.

Mohammad Shukri Mohammad Hedzer dan kembarnya Mohammad Khairi, 28, menerima ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Petroleum) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.5.

Advertisement

“Kami berdua memang selalu belajar bersama-sama sejak di peringkat Diploma dan Sijil lagi kerana kami memang mempunyai minat yang sama terutamya dalam subjek-subjek pelajaran.

“Kini, walaupun sudah bekerja, kami berdua masih lagi bersama kerana kedua-keduanya bekerja di syarikat yang sama sebagai semikonduktor di Melaka,” kata Mohammad Shukri ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, walaupun masing-masing sibuk dengan hal kerja, semangat meneruskan pengajian bagi mengenggam ijazah tersebut tetap menjadi dorongan untuk berjaya.

Advertisement

“Bagi kami, berkongsi pendapat dan ilmu yang ditimba merupakan perkara yang penting jika mahu berjaya bersama-sama.

“Sejak di peringkat sijil dan diploma lagi kami memang tidak renggang dalam melakukan tugasan,” katanya lagi.

Mohammad Shukri dan Mohammad Khairi merupakan antara 2,854 graduan yang menerima ijazah Sarjana Muda pada majlis konvokesyen tersebut yang berlangsung pada 2 hingga 5 November.

Advertisement

Seramai 4,390 orang graduan diraikan bagi ijazah Doktor Falsafah, ijazah Sarjana, ijazah Sarjana Muda dan Diploma pada majlis yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar UTM, di sini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 257 orang graduan antarabangsa dari lebih 38 buah negara, dimana Nigeria, Iran dan Pakistan merupakan tiga negara dengan bilangan graduan tertinggi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top