BM | EN | 中文

Kembalikan semula FGV kepada Felda

mazlan-aliman.jpg
Advertisement

[DIKEMASKINI]

KOTA TINGGI, 9 SEPT: Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) menegaskan agar 360 ribu hektar tanah yang ditanam sawit dan 68 buah kilang sawit di bawah Felda Global Venture Holding (FGVH) dikembalikan semula kepada Felda.

Perkara itu dinyatakan pengerusi MPNF, Datuk Mazlan Aliman bahawa aset tersebut adalah sumber utama pendapatan sekitar 80 peratus Felda.

Advertisement

Katanya, apabila FGVH ditubuhkan serta disenaraikan ke dalam bursa Malaysia di zaman pentadbiran Najib Razak pada Jun 2012, ia menjadi tragedi besar kepada negara.

“Felda hilang sebahagian besar pendapatan sedangkan belanjawan tahunannya tidak kurang dari RM 1.4 billion.

“Ia dirosakkan lagi dengan isu tadbir urus dan dakwaan penyelewengan seperti kandungan Kertas Putih pada 10 April 2019 di Parlimen.

Advertisement

“Tanpa FGV, di mana sumber kewangan Felda selain kembali kebergantungannya kepada peruntukan kerajaan?

“Sampai bila kerajaan mesti menanggung beban ke atas Felda, walhal aset utamanya FGV itu ada.

“Jika Pelan Menyelamatkan (bail out) dengan mengambil semula FGV khususnya tanah dan kilang yang ditaksir bernilai RM 10 billion akan membawa pemulihan kewangan Felda demi masa depan 112,635 peneroka Felda, pengumuman inilah yang sedang dinantikan Oktober ini.

Advertisement

“Jika pada 2019, MPNF bertegas menolak cadangan ambil alih FGV oleh pihak ketiga, sudah tiba masanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merealisasikan harapan warga Felda agar mengembalikan semula FGV kepada Felda,” katanya.

Mazlan berkata, Muhyiddin maklum dan faham berkenaan krisis terburuk Felda kerana kempen yang dijalankan semasa kempen PRU 14 yang lalu.

“Parlimen Pagoh yang beliau wakili ada Felda dan dia juga yang melancarkan Semarak Kasih felda di Felda Taib Andak sebelum PRU 14.

Advertisement

“Beliau turut membuat jelajah ke merata Felda bersama Tun Dr Mahathir dan sebahagian dari kempen Selamatkan Felda. Alhamdulillah, 19 kerusi parlimen Felda berjaya ditawan.

“MPNF dimaklumkan Pasukan Petugas Khas Isu Felda akan membentangkan laporannya Oktober ini kepada Jemaah Menteri.

“Harapan menggunung, bukan sahaja FGV dikembalikan kepada Felda tetapi dibentangkan status terkini perkembangan Kertas Putih yang nilainya RM 6.23 billion.

Advertisement

“Pelan pemulihan Felda wajib diteruskan dan ia tidak boleh atas kertas sahaja,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top