BM | EN | 中文

Kembali kepada asas perjuangan dalam membangun Johor

aminolhuda-hassan.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 18 NOV: Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor mahu mengorak langkah ke hadapan dalam mengembalikan asas perjuangan dalam membangunkan negeri Johor.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengerusinya, Aminolhuda Hassan yang menyatakan misi parti itu bermula dengan kenyataan menawarkan kepimpinan dan tadbir urus yang amanah, progresif dan peduli.

Jelasnya, misi tersebut adalah untuk mengajak seluruh rakyat menjadikan asas-asas tersebut sebagai teras membina masa depan Johor yang gemilang.

Advertisement

“Amanah dengan jawatan di semua peringkat serta tugas yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan tanah air.

“Amanah dengan tugas juga bermaksud hasil bumi Johor dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemudahan, kebahagiaan dan kemakmuran bangsa Johor.

“Progresif diertikan sebagai pantas bertindak bukan menanti teguran atau aduan yang berulangkali.

Advertisement

“Bukan sekadar melakukan kerja-kerja yang akan menghasilkan keputusan yang serupa dan juga membawa maksud menggunakan segala kemudahan teknologi terkini untuk meramal, membaca dan menganalisa sesuatu perkara untuk masa depan.

“Peduli khasnya kepada pemimpin di semua peringkat membawa maksud mestilah mempunyai sifat segera menyantuni rakyat serta mampu menyelesaikan masalah mereka dengan baik, cermat dan bijaksana,” jelasnya dalam kenyataan beliau.

Dalam pada itu beliau turut menyentuh soal kesenjangan ekonomi semakin melebar antara yang kaya dan miskin serta kehidupan orang Melayu yang masih ketinggalan.

Advertisement

Tambahnya, walaupun orang Melayu memiliki peluang ekonomi, institusi besar perniagaan serta politik, namun ia tidak menepati keadilan sosial.

“Keadilan sosial juga tidak berlaku apabila wujud dua undang-undang, satu golongan atasan dan berkuasa, satu untuk rakyat marhaen.

“Ini jelas berlaku dalam perlaksanaan hukuman mereka yang melanggar perintah kuarantin, yang berkuasa didenda seribu ringgit sementara rakyat biasa didenda beribu-ribu, dipenjara kerana hanya tidak memakai pelitup muka.

Advertisement

“Keadilan sosial perlu ditegakkan dalam dasar dan pelaksanaan belanjawan negara dan peringkat negeri yang bakal dibentangkan dalam bulan November ini. Dalam keadaan setiap sen yang dibelanja amat bernilai dengan kedudukan kewangan yang meruncing.

“Sewajarnya perbincangan yang terbuka, telus dan betul-betul bermanfaat untuk rakyat diadakan dengan semua pemegang taruh seperti wakil rakyat, wakil persatuan dan pihak yang berkepentingan.

“Slogan ‘Muafakat itu Berkat’ amat diperlukan khususnya dalam membangun semula negeri Johor pasca pandemik Covid 19,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top