BM | EN | 中文

KEMATIAN WANITA OKU DI TAMAN MAWAI BUKAN SEBAB LEMAS

news.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 18 DIS : Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi susulan kematian seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) di Taman Mawai selepas dua hari tidak keluar rumah.

Ahsmon (kanan) memberikan taklimat ketika mengiringi Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail melawat PPS SK Mawai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bukan akibat lemas.

“Hasil bedah siasat mendapati wanita itu meninggal akibat sakit jantung. Kita minta mana-mana pihak tidak buat spekulasi. Mangsa tinggal bersendirian dan tidak lemas dalam kejadian itu,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika mengiringi Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Mawai, hari ini.

Terdahulu, JohorKini melaporkan seorang wanita OKU ditemui tidak bernyawa di mana kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang tidak melihat kelibat wanita berbangsa Cina itu keluar dari rumah sejak dua hari lalu.

Jiran mangsa juga mendapati pintu rumah wanita terbabit berkunci ketika cuba mendapatkan kepastian tentang keadaan mangsa ketika itu.

Advertisement

Ekoran bimbang dengan keadaan wanita itu, jiran berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Susulan itu timbul spekulasi mengatakan mangsa lemas akibat banjir ekoran kawasan perumahan berkenaan adalah salah satu lokasi yang terjejas banjir di daerah ini.

Dalam pada itu, Ahsmon turut menasihatkan orang ramai yang terlibat banjir agar sentiasa mematuhi arahan dari semua agensi.

Advertisement

“Dalam keadaan banjir ini jangan ambil risiko, semua masyarakat diminta berikan kerjasama dengan agensi bertugas,”katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top