JOHOR BAHRU, 8 DIS: Ekoran kematian pelakon dan model terkenal Taiwan, Godfrey Gao akibat serangan jantung disebabkan stress, Taiwan News telah melaporkan negara itu sebagai negara kedua yang mempunyai tahap stres tertinggi, satu mata di belakang Korea Utara.
Laporan yang dipetik melalui Cigna, sebuah syarikat insuran dari Amerika menyatakan 96 peratus penduduk Taiwan mempunyai pengalaman tekanan yang tinggi.
Menurut laporan tersebut, kadar stress di Taiwan melampaui 84 peratus, iaitu kadar stres global.
“Lima perkara yang diambil kira dalam mengukur kadar stres ialah kesihatan, fizikal, kewangan, tempat kerja, sosial dan sistem keluarga”
“Taiwan menunjukkan indeks kesihatan yang rendah iaitu 55.3 peratus berbanding 57.2 peratus pada tahun lepas,” menurut Taiwan News yang memetik Laporan Cigna.
Lima negara teratas yang mempunyai kadar stres yang tinggi selepas Taiwan ialah Hong Kong, Singapore, Thailand, China dan Indonesia.
Sebelum itu, Godfrey Gao dikatakan rebah ketika pengambaran program televisyen di China pada 27 November lepas dan kemudiannya meninggal dunia pada pagi hari yang sama.
JohorKini