BM | EN | 中文

Kematian Ganapathy: Takiyuddin perlu arah adakan inkues

lim-guan-eng.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 30 APR: Menteri Undang-undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan digesa untuk mengarahkan inkues dan bertindak serta merta terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian dalam tahanan, A. Ganapathy.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, ini berikutan pendedahan peguamnya bahawa laporan bedah siasat menunjukkan Ganapathy telah meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kaki dan bahunya.

“Tidak sukar untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dalam kecederaan yang dialami oleh A Ganapathy, yang mengakibatkan kematiannya ketika dia berada dalam tahanan polis,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Setiausaha DAP turut mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Takiyuddin untuk mengambil pendekatan proaktif untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas kematian A Ganapathy.

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan Roketkini berkata, Takiyuddin tidak boleh membisu, sebagaimana dia sedang membisu tentang kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Ini kerana beliau antara pemimpin PAS ketika menjadi pembangkang yang menggunakan retorik berapi-api mengkritik kegagalan PH mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan, Ganapathy, 40, dikatakan ditahan polis selama 12 hari dari 24 Feb hingga 8 Mac lalu, sebelum dimasukkan ke hospital.

Mendiang meninggal dunia 18 April lalu, selepas lebih sebulan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top