BM | EN | 中文

Kemangkatan Pengiran Muda Brunei, bendera Johor dikibar separuh tiang

Pengiran-Muda-Haji-Abdul-Azim.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Bendera Johor dikibarkan separuh tiang hari ini bagi menghormati kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Menurut laporan BH Online, arahan itu dikeluarkan Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Mohd Noh Ibrahim menerusi kenyataan semalam.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bendera Johor dan bendera daerah hendaklah dikibarkan separuh tiang pada Ahad, 25 Oktober.

Advertisement

“Ia bagi menghormati kemangkatan Almarhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Rakyat Brunei semalam dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan Pengiran Muda Abdul Azim.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi semalam waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar.

Advertisement

Pemerintah Brunei memerintahkan rakyatnya mengibarkan bendera separuh tiang dan berkabung selama tujuh hari mulai hari ini .

Punca pemergian putera kesayangan ramai, yang juga putera kedua Sultan Brunei dan Hajah Maria itu masih belum diketahui.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top