BM | EN | 中文

Kemana halatuju manifesto ekonomi dilaungkan parti Pas?

Azam-Razak.png

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak

Advertisement

MERSING, 1 JUL: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor mempersoalkan halatuju manifesto teras ekonomi yang sebelum ini digembar-gemburkan oleh Pas.

Pengarah Syariah Amanah Johor, Azam Razak berkata kini sudah tiba masanya Pas membuktikan bahawa mereka mampu untuk membentangkan penyelesaian ekonomi seperti mana yang dilaungkan selama ini.

“Hari ini rata-rata rakyat sedang berdepan dengan permasalahan hidup dengan keadaan ekonomi yang sangat mencabar diri mereka dan masa inilah yang paling sesuai untuk Pas membentangkan teras ekonomi mereke sebut-sebut selama ini.

Advertisement

“Pas perlu ke depan dalam usaha memperbetulkan keadaan ekonomi rakyat sebagaimana apa yang mereka telah janjikan dalam manifesto parti itu ketika PRU 14 yang lalu.

“Jangan memberi alasan bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan perkara tersebut kerana mereka hari ini telah menjadi sebahagian daripada pemerintahan di negara ini,” tegasnya ketika ditemui.

Pas ketika menjelang PRU 14 yang lalu telah membentangkan teras ekonomi Islam melalui pandangan mereka untuk membawa negara ke arah yang lebih maju dan perkara itu disebut dalam manifesto mereka.

Advertisement

Antara kandungan manifesto tersebut adalah mengurangkan kos sara hidup rakyat, meredakan kadar inflasi, pengurangan harga rumah mampu milik selain pengurangan jurang ekonomi bandar dengan luar bandar.

Justeru itu kata Azam, ketidakmampuan Pas mengendali serta melaksanakan apa yang dikatakan menunjukkan parti itu tidak bersungguh-sungguh dengan apa yang diperjuangkan.

Tambahnya, Pas hanya pandai menabur janji dan mempermainkan umat Islam di negara ini dengan teori yang tidak berpijak ke bumi.

Advertisement

“Pas merasakan diri mereka mampu, hakikatnya tidak. Bagaimana mereka boleh mendakwa diri mereka sebagai ‘king maker’ sedangkan mereka tidak mampu mencatur keadaan untuk menjadi ketua dalam menguruskan negara.

“Hari ini jelaslah Pas hanya menjadi rakyat sebagai bahan untuk menanam sentimen untuk mendakwa diri mereka hebat.

“Kini rakyat memerlukan santunan penyelesaian ekonomi yang jitu dalam menjayakan matlamat mereka untuk ‘survive’ dalam kehidupan pasca Covid-19. Inilah masanya Pas harus menjadi hero dengan membawa teras ekonomi yang telah dijanjikan mereka,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top