BM | EN | 中文

Kemana arah tuju dasar inklusif OKU di IPTA – Dr Maszlee

Maszlee_Malik_Simpang_Renggam.jpg

KUALA LUMPUR 01 OGOS 2018. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengadakan sidang media di lobi Bangunan Parlimen. NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.

Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 3 OGOS: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik membangkitkan arah tuju Kementerian Pengajian Tinggi berhubung dasar inklusif Orang Kelainan Upaya (OKU) di institut pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Dalam perbahasan Titah Diraja minggu lalu Dr Maszlee berkata, apakah kementerian akan terus meneruskan dasar tersebut selepas pertukaran kerajaan Mac lalu.

“Kemana arah tuju dasar inklusif OKU di IPTA yang merupakan satu dasar yang julung-julung kali telah berjaya kita wujudkan pada masa yang lalu demi memastkan golongan OKU tidak terpinggir dan menjadi sebahagian daripada agenda negara.

Advertisement

“Apakah dasar-dasar dan program ‘ground breaking’ tersebut dan lain-lain lagi yang telah diusahakan semenjak Jun 2018 akan terus kekal wujud atau diberikan noktah pengakhiran,” kata Dr Mazlee.

Dalam pada itu beliau turut membangkitkan status program ‘Sasterawan di Fakulti’ di universiti-universiti di Malaysia selain usaha kerajaan menggembeling penggunaan kepandaian buatan (artificial intelligence) bagi meningkatkan daya saing pekerjaan para graduan.

“Saya minta menteri menyatakan pendirian apakah usaha-usaha ini akan diteruskan.

Advertisement

“Sekiranya tidak, saya memohon Menteri Pengajian Tinggi membentangkan di Dewan yang mulia ini perancangan alternatif yang menyeluruh dan mencapai maqsad yang sama, iaitu untuk terus memperkukuh institusi pengajian tinggi di negara kita,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top