BM | EN | 中文

KEMAMPANAN SEKTOR AGROMAKANAN MENGAMBIL KIRA KEMAMPANAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

dr-wan-azizah-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Bagi memodenkan sektor agromakanan, kerajaan akan terus memberikan tumpuan dalam kerangka strategi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan penyediaan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) bagi tempoh 2021 hingga 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, dasar baharu ini menstruktur semula strategi melalui penilaian pencapaian sedia ada bagi mempercepat proses pemodenan selain mengurus permintaan dan penawaran bekalan makanan negara.

“Pendekatan baharu yang berteraskan teknologi moden dan pembangunan mampan selaras dengan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) dan Sustainable Development Goals 2030 (SDG 2030) akan diperkenalkan.

Advertisement

“Ini adalah untuk memodenkan lagi sektor agromakanan supaya sektor ini kekal relevan dan menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama pada tahun 2030.

“Pembangunan sektor agromakanan pada masa hadapan perlu mengambil kira kemampanan sumber asli dan alam sekitar serta memastikan semua rakyat mendapat sumber makanan yang mencukupi, berkhasiat dan mampu dibeli, selaras dengan tema SDGs 2030 iaitu Leaving No One Behind,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Mall, di sini, hari ini.

Advertisement

Dr Wan Azizah berkata, dalam bajet 2020 yang baru-baru ini dibentangkan juga, sebanyak RM4.9 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan mengurus bagi sektor agromakanan.

“Ini termasuklah RM1.55 bilion berbentuk subsidi dan insentif kepada para pesawah.

“Selain itu, Kerajaan juga memperuntukkan RM152 juta bagi bantuan dan insentif kepada nelayan termasuk meningkatkan elaun sara hidup daripada RM200 kepada RM250 sebulan bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, bantuan-bantuan seumpama Ini menunjukkan komitmen Kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan golongan sasar.

“Dengan bajet yang diperuntukkan ini, Kerajaan akan terus berusaha untuk mengangkat martabat sektor agromakanan ke tahap yang lebih tinggi.

“Melalui Wawasan 2030, semua kumpulan masyarakat diberikan keutamaan untuk berkongsi kekayaan negara seiring dengan usaha memacu pertumbuhan ekonomi dan menyokong kesejahteraan rakyat.

Advertisement

“Semua ini akan dapat dicapai hasil sokongan dan usaha para peladang, penternak dan nelayan di sini,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top