KUALA LUMPUR: Trend peningkatan kematian Tapir Malaya akibat kemalangan jalan raya di negara ini semakin membimbangkan dengan 92 ekor spesies itu dilaporkan mati sepanjang tempoh 2015 hingga 2020.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dilaporkan Bernama berkata, untuk tahun lepas sahaja, 24 ekor Tapir Malaya dilaporkan mati akibat kemalangan jalan raya.
“Sepanjang tempoh 2015 hingga 2020, sebanyak 92 ekor Tapir Malaya telah menjadi mangsa kemalangan jalan raya di Johor, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu.
Johorkini