BM | EN | 中文

KELUHAN RAKYAT BUKAN TANDA SOKONG PEMBANGKANG – ANWAR IBRAHIM

IMG-20191112-WA0006.jpg

 

PONTIAN, 12 NOV: Keluhan rakyat berhubung masalah yang berlaku di negara ini tidak boleh dianggap bahawa mereka akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, dalam taklimatnya bersama jentera pilihanraya kecil (PRK) Tanjung Piai PKR Johor, terdapat pelbagai masalah yang diadukan rakyat, dan ia perlu ditangani segera.

“Mereka (jentera PKR Johor) beri maklumat tentang keluhan yang banyak dari kalangan rakyat dalam beberapa isu.

“Isu petani, pekebun kecil, nelayan, pengangguran di kalangan pelajar, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

“Kita dengar, dan saya merasakan tak perlu undi pembangkang. Kerana kita dengar keluhan mereka. Kita baru ambil alih kuasa,” kata Anwar pada sidang media selepas majlis ramah mesra dan sembang santai di Pejabat PKR Tanjung Piai disini, semalam.

Ahli parlimen Port Dickson itu menjelaskan, pelbagai program bakal dilaksanakan kerajaan negeri dan pusat, justeru memerlukan sokongan para pengundi di Tanjung Piai agar segala pelan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya.

“Dengan penjelasan ini, diharap dapat memberikan suatu gesaan kepada mereka untuk menyokong kerajaan sedia ada di negeri Johor dan persekutuan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, calon Pakatan Harapan (PH) memiliki ketokohan dan latar belakang yang cemerlang dan diyakini mampu menggalas tugas sebagai ahli parlimen bagi mewakili para pengundi di Tanjung Piai.

“Kalau kita lihat kepada kelayakan dan pengalaman dia sebagai pemimpin tempatan, saya yakin beliau mampu.

“Saya datang untuk memberikan dokongan dan memastikan jentera PKR sepenuhnya memberi sokongan kepada calon PH, Haji Karmaine Sardini,” katanya.

Tambah Anwar, terdapat anjakan sokongan yang ketara dalam beberapa hari kebelakangan ini terutama di kalangan pengundi Cina, dan beliau yakin ia merupakan petanda positif kepada PH.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top