BM | EN | 中文

KELUASAN HUTAN SIMPAN KEKAL JOHOR HAMPIR 335,000 HEKTAR

chen-choon-1.jpg
Advertisement

MERSING, 11 DIS: Kerajaan negeri komited dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon.

Menurutnya, sehingga kini keluasan Hutan Simpanan Kekal di Johor adalah seluas 334,650.04 hektar, atau bersamaan 17 peratus daripada keluasan tanah di negeri ini.

“Keluasan Hutan Simpanan Kekal ini termasuklah kawasan hutan paya laut seluas 18,198.21 hektar iaitu sebanyak lima peratus daripada keluasan Hutan Simpanan Kekal di negeri Johor.

Advertisement

“Kerajaan negeri akan terus mengekalkan kawasan hutan yang mencukupi di negeri ini.

“Bagi tujuan tersebut, program pembangunan, pemeliharaan serta pemuliharaan hutan akan terus diberikan tumpuan oleh kerajaan negeri agar kawasan hutan terpelihara,” katanya.

Chen Choon berkata demikian ketika menjadi wakil rasmi Menteri Besar Johor pada sambutan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2019 semalam.

Advertisement

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem hutan paya laut termasuk kawasan pesisiran pantai.

Difahamkan, sebanyak 400 anak pokok terdiri daripada spesis Gajus, Melinjau dan Rhu Pantai ditanam secara bergotong rotong bersempena majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, pantai Semanyir di mukim Endau, Mersing merupakan kawasan pesisiran pantai dengan hutan paya laut yang mencorakkan landskap hutan di Johor.

Advertisement

“Saya dimaklumkan bahawa beberapa fasa projek restorasi penanaman pokok telah dijalankan kebelakangan ini oleh Jabatan Perhutanan Johor.

“Ini bagi memastikan kehijauan spesis pesisiran di Pantai Semanyir sentiasa terpelihara dan memainkan fungsi sebagai penebat hakisan laut secara semulajadi,” katanya.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top