BM | EN | 中文

KELUARGA TIDAK TERLIBAT DALAM KEHILANGAN NORA ANNE, KATA POLIS

9AB249EC-6306-45CF-AB02-3F4B53091EEA.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Polis menafikan dakwaan bahawa keluarga Nora Anne Quoirin terlibat dalam kes kehilangan dan kematian remaja tersebut.

Dakwaan tersebut, menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Mohamad Mat Yusop, adalah satu fitnah memandangkan tuduhan dibuat dari luar negara.

Mohamad berkata tuduhan tersebut datangnya dari seorang peguam yang dikenali sebagai Anne Brennan.

Advertisement

“Oleh kerana itu, kami rasa itu sebagai fitnah sebab kami tidak tuduh sesiapa. Polis tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya ibu bapa Nora Anne terlibat.

“Dakwaan itu tidak betul. Semalam, pukul 6 petang, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah buat laporan ke atas hantaran Facebook ini kerana memfitnah pasukan polis yang sedang menjalankan siasatan.

“(Jadi) Ya, kami nafikan dan kenyataannya berniat jahat kerana kami masih jalankan siasatan,” beliau dipetik oleh Bernama.

Advertisement

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Anne Brennan yang juga seorang aktivis kanak-kanak membuat pelbagai dakwaan di Facebook, termasuk menuduh keluarga Quoirin sendiri terlibat dalam kes kehilangan dan kematian Nora Anne.

Selasa lalu, mayat Nora Anne, 15,  ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari, resort penginapan keluarganya selepas 10 hari dilaporkan hilang.

Advertisement

Laporan bedah siasat mengesahkan Nora Anne yang hilang bermula 4 Ogos itu meninggal dunia akibat kebocoran pada usus akibat tiada makanan dalam tempoh lama dan stres berpanjangan, selain tiada tanda-tanda perbuatan jenayah.

Nora Anne bersama ibunya, Meabh Jaseprine Quoirin dan bapanya Sebastien Marie Philipe serta dua orang adiknya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan, pada 3 Ogos.

 

Advertisement

Sumber: Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top