BM | EN | 中文

Keluarga terjejas bencana ribut di Dun Semerah terima bantuan MAIJ

khuzzan-7.jpg

Khuzzan (baju merah) ketika menyampaikan sumbangan pada salah seorang penerima program tersebut

Advertisement

BATU PAHAT, 30 DIS: Sebanyak 233 buah keluarga di DUN Semerah yang terjejas akibat bencana ribut Oktober lalu menerima bantuan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).

Sebanyak RM157,400 diperuntukkan MAIJ bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan itu bagi tujuan kerja membaik pulih kerosakan yang dialami semasa kejadian tersebut.

ADUN Semerah Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata bantuan diberikan berdasarkan kerosakan yang dihadapi dimana antara yang terjejas merupakan rumah kediaman, perkakas perumahan dan kenderaan.

Advertisement

Khuzzan (tengah) pada sesi penerimaan replika cek di program tersebut

“Sebelum menerima bantuan daripada pihak MAIJ, keluarga yang terjejas telah menerima bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Terdapat juga beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah tampil untuk memberikan bantuan susulan berlakunya kejadian ribut tersebut, 21 Oktober lalu,” katanya.

Khuzzan yang juga merupakan Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan pada Program Insaniah (Kemasyarakatan) Anjuran MAIJ di Masjid Nurul Huda, Bagan, di sini.

Advertisement

Pada majlis yang diadakan baru-baru itu, Khuzzan sempat beramah mesra bersama para penerima bantuan yang terjejas akibat bencana tersebut.

Rata-rata penerima sempat mengucapkan kesyukuran kerana sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka selain dapat digunakan untuk membaik pulih barangan yang rosak akibat kejadian itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top