BM | EN | 中文

KELUARGA JUGA PUNCA PERCERAIAN DI JOHOR

9DE09CA0-01CD-4289-9099-90394166E5F3.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 SEPT: Campur tangan ahli keluarga juga merupakan salah satu daripada punca utama berlakunya kes perceraian di negeri Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Liow Cai Tung.

“Campur tangan ahli keluarga, curang dengan pasangan dan masalah ekonomi merupakan sebab utama berlakunya perceraian.

“Ketiga-tiga perkara ini berlaku ke atas tidak kira sama ada pasangan Islam atau pun bukan Islam,” kata Cai Tung ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Keluarga Sejahtera peringkat negeri Johor di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, semalam.

Advertisement

Cai Tung berkata, menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bilangan pasangan bukan islam yang mendaftarkan perceraian dari 2014 sehingga Jun 2019 adalah berjumlah 9,691 kes.

Berdasarkan dapatan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), sehingga 25 September tahun ini terdapat 95 pasangan di negeri ini mendapatkan khidmat kaunseling dengan 61 kes melibatkan isu perkahwinan.

Manakala bagi 2018, sebanyak 116 kes diterima dengan 76 daripadanya melibatkan pasangan yang berdepan masalah sama.

Advertisement

Tambahnya, trend peningkatan kes perceraian yang berlaku setiap tahun adalah membimbangkan dan memerlukan kaedah holistik bagi penyelesaian jangka panjang.

Justeru itu katanya, kerajaan negeri melalui inisiatif Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor hasil kerjasama kajian Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dan UTM mencadangkan agar setiap pasangan bukan Islam di negeri menghadiri kursus pra-perkahwinan.

“Modul ini, antaranya bertujuan untuk memartabatkan institusi kekeluargaan dalam membentuk masyarakat madani.

Advertisement

“Ia sejajar dengan hasrat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membentuk masyarakat yang sejahtera melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top