BM | EN | 中文

KELUARGA DIRAJA JOHOR SAMBUT MAULIDUR RASUL BERSAMA RAKYAT

IMG-20191110-WA0002.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 10 NOV : Keluarga DiRaja Johor berkenan menyambut Maulidur Rasul 1441 Hijrah bersama rakyat di pelbagai daerah di negeri ini, semalam.

Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Advertisement

Baginda turut berkenan menyertai perarakan itu yang berakhir di Masjid Sultan Ismail bersama rakyat jelata.

Sementara itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim bersama Dato’ Dennis Muhammad Abdullah berkenan menyertai perarakan sejauh 800 meter menuju ke Masjid Jamek Bandar Tangkak, Tangkak yang disertai 40 kontinjen.

Di Masjid Bandar Kluang pula, sambutan dimeriahkan dengan keberangkatan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim yang menyertai perarakan sejauh 1.2 kilometer.

Advertisement

Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berangkat ke Masjid Bandar Kota Tinggi yang perarakannya disertai hampir 1,000 orang melibatkan 26 kontinjen.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top