BM | EN | 中文

KELUARGA DIRAJA JOHOR MELAWAT MANGSA BANJIR

Raja-Zarith-Sofiah-Almarhum-Sultan-Idris-Shah-lawat-mangsa-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS : Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkenan melawat mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Simpang Renggam, semalam.

Melalui status yang dimuatnaik di Facebook The Royal Johor menyatakan baginda tiba di lokasi pertama PPS Sekolah Kebangsaan Simpang Renggam pada jam 3.30 petang.

Baginda kemudian melawat mangsa di lokasi kedua iaitu di PPS Dewan Raya Kampung Kolam Air sebelum ke lokasi ketiga di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Kencana.

Advertisement

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di samping beramah mesra dan bertanyakan khabar.

Dalam pada itu, melalui perkongsian di Fecebook HRH Crown Prince Of Johor, Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim turut berangkat melawat mangsa banjir di PPS di Surau Kampung Sungai Siam, Kulai, semalam.

Lawatan berkenaan dilakukan sejurus baginda pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top