BM | EN | 中文

KELUARGA DIRAJA JOHOR LAWAT PUSAT PEMINDAHAN BANJIR ESOK

sultan-ibrahim-lawat-mangsa-banjir-16-dec.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 DIS : Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mengikuti secara dekat perkembangan terkini banjir di negeri ini.

Menerusi status dimuatnaik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyatakan baginda berdua akan turut mengadakan pertemuan serta mesyuarat bersama wakil kerajaan negeri, polis dan pasukan bomba.

Pertemuan itu supaya baginda berdua dapat membuat lawatan ke pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dengan segera, bermula esok mengikut nasihat pegawai kerajaan negeri, polis dan bomba.

Advertisement

Ini bagi membolehkan baginda Tuanku Sultan dan baginda Permaisuri Johor berkenan mendapatkan maklumat termasuk lawatan ke pusat pemindahan sementara.

Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam akan turut mengadakan mesyuarat berasingan bagi tujuan yang sama.

Dalam kenyataan tersebut juga memaklumkan Sultan Johor dan Permaisuri Johor berkenan untuk sentiasa membantu serta menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Advertisement

Baginda berdua turut mahu mangsa-mangsa banjir sentiasa mengikuti arahan yang diberikan pasukan penyelamat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top