BM | EN | 中文

Kelibat gajah dirakam penduduk dekat Taman Seri Impian Kluang

gajah-kluang.png
Advertisement

KLUANG, 10 APR: Gambar seekor gajah berkeliaran berdekatan Taman Seri Impian, dekat Jalan Kluang-Kota Tinggi berjaya dirakam penduduk tempatan.

Menurut laman Facebook Komuniti Johor, gambar yang memaparkan seekor gajah yang tular hari ini dipercayai dirakam malam tadi oleh penduduk setempat.

“Kelibat seekor gajah dirakam berhampiran lampu isyarat susur masuk ke Taman Seri Impian (selepas Shell belum siap) Jalan Kota Tinggi jam 12.00 (10 April 2020) tengah malam tadi,” menurut kenyataan yang dimuatnaik di laman tersebut.

Advertisement

Justeru itu, orang ramai dan pengguna jalanraya di laluan tersebut, terutama di laluan Kluang-Kota Tinggi berdekatan Taman Seri Impian dan Gunung Lambak diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top