BM | EN | 中文

Kelestarian Sungai Skudai antara jadi tumpuan lawatan Menteri Besar Johor ke daerah Kulai

IMG_0688-scaled.jpg

Dr Sahruddin ketika melakukan lawatan di Sungai Skudai sempena lawatannya ke daerah Kulai hari ini.

Advertisement

KULAI, 28 JAN : Kelestarian Sungai Skudai antara yang menjadi tumpuan sempena lawatan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ke daerah Kulai, hari ini.

Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh berkata, sebanyak lima lokasi pertama bertemakan kebersihan dilawati di daerah ini.

Katanya, ia seiring dua tema iaitu kesihatan dan kebersihan yang dipilih sempena lawatan berkenaan.

Advertisement

“Lokasi pertama tentang Sungai Skudai. Semua maklum tahap pencemaran tinggi berlaku di sungai berkenaan.

“Usaha untuk pulihkan sungai ini melalui lawatan menteri besar di mana Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) telah lantik satu konsultan jalanlan kajian melalui Rancangan Khas Kawasan (RTK) Sungai Skudai meliputi kawasan daerah Kulai sahaja.

“Selain Kulai, dua PBT di Johor Bahru turut terlibat dengan sungai ini termasuklah Majlis Bandaran Johor Bahru dan Majlis Bandaran Iskandar Puteri,” katanya kepada wartawan selepas mengiringi Menteri Besar Johor pada lawatan itu.

Advertisement

Tambahnya, Dr Sahruddin juga dibawa melihat suasana hutan bandar dibangunkan MPKU yang menjadi tempat rekreasi sekali gus dapat menjayakan gaya hidup sihat.

Katanya, sementara lawatan di Kospen, Taman Pancasila pula menunjukkan satu organisasi sosial aktif dalam tangani masalah kesihatan penduduk yang mana secara tidak langsung membantu mengurangkan kesesakan pesakit di klinik dan hospital.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top