BM | EN | 中文

Kelembaban vaksinasi Covid-19 di Johor membimbangkan – PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong-1.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Kelembaban vaksinasi selain tidak konsisten bagi melancarkan proses itu di negeri ini adalah membimbangkan, menurut Pakatan Harapan (PH) Johor.

Dalam kenyataan gabungan parti itu, jumlah pemberian vaksin paling tinggi direkodkan di Johor dari 18 hingga 24 Ogos iaitu sebanyak 72,165 dos iaitu pada 19 Ogos.

Namun terdapat juga trend penurunan ketara dibawah paras 70,000 dos sehari dalam tempoh tiga hari berturut-turut, iaitu pada 20 Ogos (68,004 dos), 21 Ogos (64,643 dos), dan 22 Ogos (65, 433 dos).

Advertisement

“Kadar suntikan harian Johor juga tidak konsisten.

“Kelembapan pemberian vaksin di Johor menyebabkan masih ramai rakyat di negeri ini yang belum dilindungi. Mereka berisiko tinggi untuk berada di tahap 3, 4 dan 5 sekiranya dijangkiti,” menurut kenyataan PH Johor.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Johor, Amiolhuda Hassan, Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.

Advertisement

Tambah gabungan itu, situasi itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan negeri, khususnya adalah peningkatan pesakit Covid-19 di ICU yang kini sudah mencapai hampir 85 peratus.

“Ia boleh menjadi faktor utama ancaman risiko kehilangan nyawa yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan angka kadar kematian Covid-19 Johor pada hari-hari mendatang,” tambah kenyataan PH Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top