BM | EN | 中文

Kelas tusyen percuma untuk 35 pelajar tahun enam

IMG-20200201-WA0014.jpg
Advertisement

KULAI, 2 FEB: Seramai 35 murid tahun enam daripada empat buah sekolah sekitar Kulai dan Senai di sini telah dipilih untuk mengikuti kelas tusyen percuma bagi meningkatkan pembelajaran mereka.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, program itu inisiatif Persatuan Kebajikan dan Kesejahteraan Komuniti Kulai.

Menurut beliau, kelas itu melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Advertisement

“Murid yang terpilih mengikuti kelas tusyen percuma ini terdiri daripada kanak-kanak dari keluarga golongan B40 yang tidak mampu untuk mengikuti kelas tusyen swasta.

“Saya percaya program ini dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka sekaligus dapat membantu mereka mencatat keputusan lebih baik dalam peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, di sini semalam.

Advertisement

Tambah Aminolhuda, pihaknya juga berharap lebih banyak pihak akan tampil menganjurkan program berbentuk serupa untuk membantu golongan murid yang memerlukan.

Empat buah sekolah yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra, SK Putra Utama, SK Senai Utama and SK Kota Kulai 2.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top